I can feel your heartbeat

Saturday, June 4, 2011

Random update. My sense of blogging





Sebenarnya bukan lah niat di hati mengabaikan blog-kepam-masam-busuk-yang-menjadi-kebanggan-ku-suatu-ketika-dahulu terkulai layu begitu sahaja begini. Ibarat menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Begitu singkronais nya perasaan meninggalkan blog tanpa entry baru dan menyapu daun kering. okay apa kena-mengena. Sejujurnya, bukan itu niat sebenar si tuan blog. Hal ini adalah kerana, notebook ku yang bersaiz 7 inci ini telah menunjukkan tanda penuan. (aku dah paksa pakai garnier kau tak nak) Di mana keyboardnya yang halus lagi mulus sudah sedia manja, jadi begitu manja sekali. Rosak bahagian keyboard weh, are you kidding me?! Attention seeker betul. ''-___- Dan bila nak google gambar mereka yang handsome : Aaron Aziz, Zac Efron, orlando bloom kena copy somewhere huruf yang rosak and paste. Sungguh GIGIH. Selamat huruf 'o' je.



Btw, saya amat rindukan dunia blogging suatu ketika dahulu. Dunia blogging tidak lagi seindah suria aicecey kenapa kau nak bermadah pujangga ni. Balik ke cerita asal boleh tak. Baik lah. Saya ulang. Saya rindukan dunia blogging di mana saya kerap mengupdate kisah seharian saya, di mana saya rajin update setiap minggu, di mana semua cerita saya menarik tertarik yang bila baca balik pun boleh ketawa guling-guling dengan sense of humour sendiri. (Perasan diri kelakar). Tapi kini .............................................................. MANA WEH? MANA PERGI NILAI BLoG SEPERTI ITU LAGI?! Tsk.



Tapi kini-kini, (selamat tinggal jerawat!) saya akan cuba sedaya upaya untuk update blog sekerap yang bisa. (yeayy, good news!) sebab tanpa anda, siapa lah saya. Aiceh kenapa jawapan kau macam retis. Walaupun jarang sungguh-sungguh update dan menceriakan dengan gaya penulisan ku yang tak seberapa dan memang tidak berbakat ini, tapi masih ada yang sudi follow. Masih ada yang sudi singgah dan menambahkan traffic dan menekan iklan Nuffnang. Dan masih ada lagi yang masih setia menanti update blog saya dan meninggalkan komen berbaur positive dengan pengisian yang cukup supportive. oh hanya Tuhan dapat membalas jasa kalian. I love you guys to the max :')


Bhue hue hue (tiba-tiba gelak annoying) one more thang. Jangan lah salah sangka bila saya panggil notebook saya tua. Anyonyo notebook bersaiz 7 inci ini. Teringat kisah di sebalik notebook saya, bila saya among the first yang pakai notebook kecil berwarna putih di UiTM. Ia juga menjadi kebanggaan bila di bawa ke Library dan menjadi notebook paling flexible kerana ringan dan kecil untuk assignment group. *kembang hidung* How sweet notebook. Terima kasih atas jasa anda. Mommy loves you. :')




Ketika ia masih fresh dan berbau kedai.










Woh woh woh.

Tiba-tiba terjumpa gambar ini dalam folder yang sama dengan gambar di atas. Ketika ini makan di Nandos KLCC bersama Sheila dan Nik lepastu teruja bercerita sehingga menyebabkan terlanggar sudu dan nasi berpeleseran. (Kantoi gelojoh). I know sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani. Tapi bukan itu yang saya nak cerita dalam gambar ini. Lihat tak laptop hitam Acer itu? Selepas sebulan di beli, cd player rosak & warranty tak boleh pakai. Kena tipu kaw kaw dengan penjual laptop bedebah. Kasihan ketika itu saya tidak punyai skill membeli yang hebat. Dan kini saya lebih berhati-hati terutama apabila membeli barang elektonik. JYEAH. *learn from mistakes*

*****








okay enough with sentimental mood. *chechenngggg, mood bertukar* My sweet friends which is kawan sekolah menengah dulu, Nazira (kembar cute sekolah yang sweet) dan Amanina, the sweetest DIB coursemate ever mintak tolong saya ajar mereka pakai shawl style saya pandai-pandai sendiri dan inspired dari fashionista-fashionista bertudung abad ini. So saya decide untuk membuat vlog shawl tutorial. (woahhh semua orang buat vlog kau pun nak jugak, tak nak kalah). Hadiah kepada blog kepam ini bagi menceriakan ia kembali dan buat anda semua juga. Pembaca tersayang. InsyaAllah vlog itu akan berada di turunnaik ke post akan datang. :) Sampai bertemu lagi. Have a good day. *Sloopy kisses*

2 Sugar Candy Ulala:

Kipas lipas said...

rerajin update...o_0

Sara said...

’(*v*)’..//”